Wedding Invitation Card

Latest Version: Publish Date: Developer:
1.0 2021-04-06 EastAppsValley

The description of Wedding Invitation Card

Mengapa perlu Tuan/Puan menggunakan aplikasi ini?

Pada masa wabak ini, tarikh pelaksanaan majlis pernikahan adalah tidak dapat dipastikan, kerana pihak Kerajaan dari masa ke semasa boleh mengenakan PKP kepada kawasan-kawasan tertentu.

Bagi mereka yang "install" aplikasi ini, pihak kami akan memberikan "push notification" kepada pengguna, sekiranya terdapat perubahan tentang najlis yang akan diadakan. Dengan ini, pihak tuan rumah/ penganjur tidak perlu lagi menghubungi pihak-pihak yang diundang seorang demi seorang untuk memaklumkan perubahan tersebut.

Andaikata tiada perubahan tarikh (syukur!), pihak kami juga akan memberikan "push notification" kepada pengguna untuk mengingatkan mereka tentang majlis yang akan diadakan. Oleh itu pihak tuan rumah/penganjur tidak perlu lagi menjalankan tugas tersebut.

Selain daripada itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan beberapa fungsi seperti:

1) undangan / aturcara - butiran tentang majlis yang akan diadakan
2) peta - dihubungkan dengan Google map, bagi memudahkan pengunjung tiba ke lokasi majlis
3) RSVP - membolehkan jemputan menyatakan bilangan kehadiran mereka. Ini akan memudahkan tuan rumah/ penganjur untuk menganggarkan bilangan yang akan hadir dan dapat menganggarkan kuantiti makanan/khemah lantas mengelakkan pembaziran.
4) Banci - membolehkan jemputan menyatakan masa kehadiran mereka. Ini akan memudahkan tuan rumah untuk menganggarkan masa penyediaan makanan, kuantiti khemah dan logistik (contohnya : tempat letak kereta).
5) Hubungi - nombor telefon tuan rumah untuk dihubungi
6) Penginapan - aplikasi menyediakan "short cut" untuk pengunjung dari jauh untuk menempah hotel (sekiranya perlu)
7) Doa - panduan untuk pengunjung untuk berdoa untuk pengantin dan keluarga
8) Pemberitahuan - sebarang pengumuman, misalnya arahan pematuhan SOP semasa perintah PKP
9) Push notification - himpunan "push notification" yang telah dibuat 
10) Ucapan - ruang ucapan untuk pengantin dan keluarga.
11) Kongsi - fungsi ini akan ditiadakan pada aplikasi sebenar kerana jemputan seharusnya dibuat oleh penganjur sahaja. Fungsi ini diadakan pada versi ini bagi tujuan promosi dan perkongsian maklumat sahaja
12) Derma - membolehkan penerima undangan menderma secara digital, sama da hadir atau tidak ke majlis tersebut

Saya akan mengubahsuai kad undangan Tuan/Puan mengikut kehendak Tuan/Puan sekiranya Tuan/Puan setuju untuk melantik saya menjana aplikasi untuk Tuan/Puan.]

Sebarang pertanyaan berkenaan applikasi ini, sila hubungi [email protected].



Terima kasih.

What's new of Wedding Invitation Card

Category: Requirements:
Productivity Android 5.0+
Popular Apps In Last 24 Hours